Saturday, December 3, 2022

Segalanya belum berakhir bagi DAP, PKR

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Di sebalik berlakunya kes perlawanan sesama sendiri di enam kerusi majoriti Dayak di luar bandar Sarawak, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu  berkata, pertikaian tersebut perlu dileraikan segera demi kebaikan parti dan 1.13 juta pengundi pada 7 Mei ini.

13102640_1149980658379971_1919533158427649972_n

Pemimpin DAP dan PKR digesa mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menentukan keputusan satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini tidak merugikan mereka.

Berbanding bertanding di 15 kerusi pada 2011 dan memenangi 12, pada pilihan raya negeri ke-11 ini DAP bertanding di 31  kerusi; 14 kerusi majoriti Cina, 16 majoriti Dayak dan 1 majoriti Melayu.

Ia meletakkan sasaran untuk menang di 22 kerusi walau sedar kini hanya terdapat 23 kerusi hitam untuk Barisan Nasional. PKR bertanding di 35 kerusi berbanding 49 pada 2011. Ia hanya menang di tiga kerusi, iaitu Ba Kelalan, Krian dan Batu Lintang.

“Kami sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

“Saya yakin pemimpin DAP dan Keadilan berupaya melakukan yang tebaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan negara,” katanya.

Perundingan parti komponen Pakatan Harapan, DAP, PKR dan Amanah tentang agihan kerusi telah bermula beberapa bulan lalu, namun gagal mencapai kompromi. Kelemahan PKR terserlah apabila dua kerusi, Bukit Sari dan Bukit Kota terlepas begitu sahaja kepada BN pada hari penamaan calon Isnin.

Bagi ketua penerangan Amanah, pertembungan antara dua parti komponen itu adalah sesuatu yang malang, dan ia berlaku disebabkan kegagalan kepemimpinan dalam pakatan terbabit, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Tiada sesiapa yang untung, kecuali BN, tetapi ada yang mahu belajar dengan cara yang sukar, katanya.

“Belajar daripada kesilapan, supaya tidak mengulanginya pada masa deepan,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, tetapi  beliau tetap optimis bahawa, itu bukan petanda berakhirnya masa depan Pakatan Harapan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru