Saturday, October 8, 2022

Ejekan, kritikan, gurauan di ceramah politik pembangkang, BN

Secara Rawak

KUCHING: Meskipun terdapat pelbagai strategi dan pendekatan kempen dapat digunakan menjelang pilihan raya 7 Mei ini, namun ceramah tetap dianggap pendekatan terbaik untuk berinteraksi secara bersemuka dengan pengundi dan peminat politik.

Dalam pilihan raya ke-11, ceramah politik digunakan kedua-dua parti, pembangkang dan Barisan Nasional. Bagi BN ceramah politik turut memasuki rumah panjang, dengan pengundi duduk di ruai di luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Di atas pentas politik, kelebihan memihak kepada seorang pengucap awam atau orator yang hebat. Kualiti ceramah calon diukur dari segi ethos, logos, pathos dan retorik dalam ceramahnya.

Mampukah ia membentangkan dalil dan hujah kukuh, dengan bahasa memikat, serta merangsang minat dan emosi khalayak? Bagaimana suara dan bahasa badannya?

Adakah ia kaku dan mendatar? Atau ceramah itu menyengat dan menghiburkan?
Kelemahan pemimpin politik atau calon terserlah di hadapan mata jika dia lemah dalam pengucapan awam. Kelemahan ketara termasuk hujah dan maklumat basi, mengulangi isu basi, suara tidak pelbagai, bahasa tubuh tidak memikat, dan tidak disuntik dengan gurau senda.

pkr rumah panjangDAP dan PKR biasanya memiliki kelebihan di atas pentas berbanding calon BN. Sukar untuk mencari orator yang hebat dalam kalangan calon BN Sarawak, sehingga timbul soalan, adakah mereka menganggap ringan dalam aspek tersebut?

Pada 2011, ceramah DAP mendapat sambutan hangat, sehingga ada yang mencecah 15,000.

Puncanya? Banyak isu membabitkan kepemimpinan BN dan isu penyelewengan didedahkan, menjadikan ceramah berkenaan bukan sahaja menarik tetapi meghiburkan. Ia membuka mata pengundi.

Kini, berdasarkan maklumat akar umbi di Miri, Sibu atau Kuching sukar sekali untuk parti pimpinan Chong Chien Jen yang bertanding di 31 kerusi menarik lebih daripada 1,000 hadirin.

KEMPEN DAP SARAWAK_0005

Adakah masih terlalu awal atau pengundi telah memihak kepada BN di bawah kepemimpinan Adenan Satem? Atau tidak ada lagi isu panas dan kontroversial untuk dimainkan?

Dengan kempen baru memasuki malam kedua, mungkin masih terlalu awal untuk membuat penilaian.

Kempen pembangkang setakat ini menjurus kepada isu hangat 1MDB, GST dan kepemimpinan Perdana Menteri. Di Kuching, hanya sekitar 450 hingga 700 orang yang hadir, dengan khalayak dihiburkan dengan suntikan humor, ejekan, perlian, kritikan – acuan yang sering digunakan mereka sebelum ini.

Di Batu Kawah malam semalam, kurang daripada 800 orang hadir dalam ceramah DAP yang menampilkan calon Pending, Violet Yong dan calon Padungan Wong King Wei, selain tentunya Christina Chew yang berdepan laluan sukar kali ini. Beliau hanya menang sekitar 600 undi pada 2011.

Dalam ceramah berkenaan, pasti presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian menjadi sasaran kritikan yang menganggap pakar jantung itu sebagai tidak layak menjadi ahli politik. Lagi banyak ejekan dan gurauan lagi menarik untuk hadirin.

13072704_262711804063699_2310656533566819641_oSeperti DAP, BN juga menggunakan pendekatan sama, termasuk menjelajah dari sebuah kedai kopi ke sebuah kedai kopi yang lain.

Malah, calon SUPP Batu Kitang Lo Khere Chiang menghadiri sesi berjumpa pengundi dan penduduk di kedai kopi dalam usaha untuk mendapat undi, dan mendapat maklum balas daripada mereka.

Tidak mudah sebenarnya bersemuka dengan pengundi, kerana mereka boleh sahaja melontarkan soalan berbisa dan kontroversi yang sukar dijawab dan ditangkis. Semua orang tahu apa isu berkenaan.

Di Sibu ceramah politik menjadi melodramtik apabila keluarga mangsa culik berasal dari bandar itu muncul di atas pentas DAP, merayu mendapatkan bantuan. Gambar berkenaan menjadi viral di alam maya.

dap culik

Seorang mangsa yang menghubungi keluarganya beberapa hari lalu, Wong Teck kang, menghubungi ayahnya, Wong Chee Ming, jika pengganas berkenaan tidak mendapat wang tebusan, semua empat orang akan dibunuh, biasanya dengan cara memancung kepala.

Justeru, keluarga mangsa muncul di atas tiga pentas ceramah, iaitu pentas SUPP, DAP dan Datuk Tiong Thai King.

Isu berkaitan dengan kemunculan keluarga mangsa dan calon BN kini menjadi perhatian media Cina.

Calon BN juga kini sudah menggunakan nyanyian untuk menarik pengundi, dengan ada yang mengundang penyanyi berpakaian ‘hot’.

Pengundi dan khalayak boleh saja terhibur dengan gelagat calon dan jurukempen di atas pentas, tetapi akhirnya, sama ada semua kehadiran di depan pentas ceramah bakal diterjemahkan dalam bentuk undi, akan hanya diketahui 7 Mei nanti. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru