Tuesday, December 6, 2022

Dua warga Indonesia ditahan kerana memiliki dadah

Secara Rawak

BINTULU: Dua warga Indonesia ditahan kerana memiliki dadah dalam satu pemeriksaan di depan sebuah kedai emas di Jalan Abang Galau di sini, semalam.

Pemeriksaan jam 2.30 petang itu dijalankan seorang pegawai dan lima anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Bintulu.

Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak Asisten Komisioner Kalai Chelvan Nadarajan berkata, hasil pemeriksaan lanjut pada dua warga Indonesia berusia lingkungan 20-an itu menemui dua bungkusan plastik mengandungi 13 tiub straw putih yang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Kedua-dua OKT itu ditahan dan diserahkan ke Balai Polis Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,871,” katanya.

Pihak Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak mengalu-alukan orang  awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti –aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan. Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM W.5 NO TEL :  082-334111 FAX  : 082-344780. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru