Wednesday, December 7, 2022

Manifesto BN dilancarkan hari ini, dijangka lebih kreatif dan menarik

Secara Rawak


KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dijangka akan menyingkap dan melancarkan manifesto Barisan Nasional di sini, hari ini.

Berhubung manifesto berkenaan, Adenan semalam berkata ia akan berbeza daripada manifesto parti itu, sebelum ini.

“Ia mengandungi bukan sahaja apa yang akan kita lakukan, tetapi apa yang sudah kita lakukan,“ katanya.

manifesto bn orn 11

Adenan berkata, terdapat dua manifesto, iaitu mengenai apa yang telah dilakukan kepemimpinannya sepanjang lebih dua tahun lalu, dan apa yang akan bakal dilakukan seterusnya.

Menurut penganalisis politik, yang pertama boleh dianggap sebagai laporan pencapaian, manakala yang kedua adalah bersifat janji-janji perubahan dan pembangunan yang bakal dilaksanakan.

Sebuah manifesto ialah komitmen parti kepada rakyat dan biasanya ia dirumus berdasarkan idea dan impian parti yang mengemukakan manifesto berkenaan.

Menurut penganalisis politik, manifesto yang bakal ditampilkan Adenan bagi bahagian pertama tentunya menonjolkan pencapaian utama, termasuk tuntutan autonomi, pembanterasan pembalakan haram, pengurangan tarif dan cukai pintu dan beberapa lagi yang memberi kesan nyata kepada rakyat. Juga, tentang tarikh 22 Julai sebagai Hari Sarawak.

Manakala yang kedua, dijangka terus menumpukan pembangunan, terutama pembangunan luar bandar.

Di bawah pemerintahannya, satu daripada agenda utama Adenan adalah membawa pembangunan ke luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan antara luar bandar dengan bandar.

Untuk itu, beliau telah menyalurkan RM1 bilion bagi pembangunan luar bandar.

Berbeza daripada manifesto sebelumnya, manifesto Adenan dijangka lebih kreatif dari segi kandungan, persembahan dan reka bentuk, tanpa banyak menggunakan perkataan.

Manifesto itu, sebaliknya, dijangka menggunakan banyak gambar dan ilustrasi, kata penganalisis.

Manifesto berkenaan yang menampilkan gaya Adenan dan sentuhan Adenan merupakan antara bahan kempen penting untuk 11 hari lagi menjelang pilihan raya pada 7 Mei dalam usaha menambat jiwa dan minda 1.13 juta pengundi. – Sarawakvoice.com

manifesto bn prn 112

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru