Monday, November 28, 2022

Kisah di sebalik konflik pertindihan kerusi DAP dan PKR

Secara Rawak

Kenyataan sidang media oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 26 April 2016 di Ibu pejabat Kebangsaan DAP, Kuala Lumpur.

19 Februari 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi,  2-pihak PKR-DAP yang terdiri daripada Tony Pua, Chong Chieng Jen, Teresa Kok (DAP) dan Tian Chua, Baru Bian, See Chee How (PKR) memutuskan untuk melantik Merdeka Center menjalankan kaji selidik untuk melihat parti mana yang lebih sesuai bertanding di kawasan-kawasan yang bertindih. 6 kerusi dipilih dalam projek tersebut iaitu Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru, Mambong dan Bukit Semuja. Kos sebanyak RM100,000 ditanggung sama rata di antara 2 parti.

7 Mac 2016

Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat dan memutuskan untuk memberi tempoh masa sehingga pertengahan bulan Mac kepada Jawatankuasa rundingan PKR-DAP untuk menyelesaikan proses rundingan dan selepas itu, keputusan terakhir perlu dibuat bersama oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

23 Mac 2016

Jawatankuasa rundingan PKR-DAP bermesyuarat untuk kali terakhir dan berjaya mengurangkan kerusi yang bertindih dari 15 ke 11 kerusi. 11 kerusi tersebut ialah Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah, Machan, Mulu, Marudi dan Layar.

31 Mac 2016

Semua keputusan kaji selidik Merdeka Center untuk 6 kerusi diserahkan kepada pihak PKR dan DAP. Kesimpulan, daripada Merdeka Center menunjukkan bahawa DAP mempunyai kelebihan berbanding PKR dalam 5 daripada 6 kerusi tersebut. PKR hanya mempunyai kelebihan untuk kerusi Mambong.

7 April 2016

Pertemuan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali di Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen. Turut hadir ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan saya selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Walaupun keputusan kaji selidik Merdeka Center berpihak kepada DAP, pihak kami menawarkan “package deal” kepada PKR dengan mencadangkan formula 3:8 iaitu DAP menyerahkan kerusi Batu Kitang (kerusi yang paling winnable), Marudi dan Machan kepada PKR dan DAP bertanding di 8 kerusi yang lain.

Datuk Seri Azmin Ali meminta supaya DAP “concede” satu atau dua kerusi lagi. Lim Guan Eng bersetuju supaya kerusi Layar juga ditandingi oleh PKR tetapi dengan syarat kerusi Murum diserah balik kepada DAP dan PKR bertanding di kerusi Belaga.

Maka, pada hari tersebut, persetujuan akhir sebenarnya telah dicapai oleh pimpinan tertinggi DAP dan PKR mengenai kerusi-kerusi bertindih. Kedua-dua pemimpin menandatangani satu nota bertulis yang menyenaraikan kerusi-kerusi yang dipersetujui untuk ditandingi oleh kedua-dua parti iaitu DAP akan bertanding di 8 kerusi (Senadin, Mulu, Murum, Ngemah, Mambong, Tasik Biru, Simanggang dan Bukit Semuja) manakala PKR pula akan bertanding di 5 kerusi (Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga).

Pihak PKR berjanji akan memberikan “final confirmation” dalam masa 24 jam.

11 April 2016

Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azmin Ali berjumpa di Ibu pejabat PKR sebelum mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Pertemuan tersebut juga dihadiri Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Izzah dan saya. Pihak PKR meminta “swapping” 2 kerusi yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh DAP iaitu Mambong dengan Tarat dan Mulu dengan Marudi.

Pihak DAP menegaskan sekiranya ada permintaan untuk membuka semula rundingan, maka DAP Sarawak akan meminta untuk merundingkan semula kerusi Batu Kitang. Justeru itu, tidak ada apa-apa perubahan dibuat terhadap persetujuan yang dicapai pada 7 April yang lalu.

Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah telah mengesahkan bahawa DAP dan PKR telah mencapai persetujuan untuk 1 lawan 1 dalam semua kerusi yang terlibat.

Maka, DAP berpegang kepada perjanjian yang telah dicapai dengan pimpinan tertinggi PKR pada 7 dan 11 April dan tidak mahu membuat sebarang perubahan saat akhir kerana kami tidak mahu calon-calon kami memasuki gelanggang dalam keadaan tanpa persediaan yang mencukupi. Kami amat kesal dengan tindakan PKR Sarawak yang tidak menghormati keputusan yang telah dicapai oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sebenarnya merupakan satu keputusan “menang-menang” untuk PKR dan DAP.

Tujuan saya untuk menerangkan segala fakta dan kronologi proses perundingan di antara PKR dan DAP ialah supaya rakyat terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Harapan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan biarlah rakyat menjadi juri siapa yang patut dipertanggungjawabkan dalam keadaan hari ini.

Fakta dan kronologi isu PRN Sarawak

1. Pasukan yang terlibat dengan rundingan kerusi Sarawak ialah Nurul Izzah, Tian Chua dan Dr Xavier manakala Azmin di peringkat memuktamadkannya

2. Setelah dinilai, terdapat 13 kerusi yang bertindih antara Keadilan dan DAP iaitu
1. Batu Kitang
2. Bukit Semuja
3. Tasik Biru
4. Mambong
5. Simanggang
6. Senadin
7. Marudi
8. Mulu
9. Layar
10. Ngemah
11. Machan
12. Murum
13. Belaga

3. Setelah rundingan  dipersetujui oleh pasukan rundingan dengan DAP untuk membuat penilaian kerusi berdasarkan penilaian ‘polling’ melalui MC

4. Oleh kerana masa yang singkat dan kos yang tinggi, polling hanya boleh dijalankan untuk 6 kerusi iaitu Batu Kitang, Bukit Semuja, Tasik Biru, Mambong, Simanggang dan Senadin. Kerusi yang tidak dijalankan polling memerlukan rundingan.

5. Daripada 6 kerusi berkenaan, hanya kerusi Mambong yang menunjukkan populariti calon yang baik. Yang lainnya DAP lebih menerima sokongan.

6. Difahamkan keputusan polling tersebut tidak pula dimaklumkan kepada bakal-bakal calon dan grassroots di Sarawak. Mereka masih menganggap mereka layak untuk bertanding dan tindakan DAP satu tindakan untuk merebut kerusi mereka.

7. Bagaimanapun, DAP menamakan dua calon dalam polling di Batu Kitang. Oleh itu, dipercayai keputusan polling tidak memberi gambaran sebenar.

8. Atas dasar itu, Sdr Saifuddin Nasution telah berunding dengan DAP supaya Batu Kitang diserahkan kepada Keadilan bersama beberapa kerusi yang lain.

9. Pada 7 April 2016, secara prinsipnya persetujuan telah dicapai antara Azmin dan Lim Guan Eng untuk 8 kerusi diserah kepada DAP dan 5 kerusi diserah kepada Keadilan.
8 kerusi DAP ialah:
– Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum
5 kerusi Keadilan ialah:
– Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga

10. Walaupun begitu, rundingan difahamkan terus dilakukan walaupun kurang pasti sama ada dilakukan selepas 7 April (pertemuan Azmin dan Guan Eng) atau sebelum, terutama untuk kerusi-kerusi yang tidak dijalankan polling iaitu Marudi, Mulu, Layar, Ngemah, Machan, Murum dan Belaga.

11. Pada 11 April 2016, Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr. Wan Azizah, mengumumkan bahawa rundingan kerusi bertindih telah selesai dan prinsip Satu lawan Satu dipegang.

12. Pada 15 April 2016, MPN Sarawak menolak keputusan tersebut dan mahu mengekalkan bertanding 40 kerusi walaupun bertindih dengan DAP atas sebab menggunakan kuasa veto dan autonomi.

13. Tindakan MPN Sarawak tersebut diakui dalam pengetahuan Tian Chua atas alasan untuk memastikan kestabilan dan kebersamaan Keadilan Sarawak dan bakal-bakal calon yang telah bekerja keras. Di samping itu, tindakan tersebut dianggap tindakan mengacah DAP supaya tidak merebut kerusi yang akan ditandingi oleh Keadilan.

14. Tindakan ini juga memberi isyarat buat pertama kali bahawa seolah-olah Keadilan bersedia hadapi pertandingan 3-penjuru dengan DAP. Ini bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden PH.

15. Pihak DAP Sarawak kemudian memberi reaksi bahawa mereka juga bersedia hadapi 3-penjuru dengan bertanding di Batu Kitang jika Keadilan tidak berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui.

16. Watikah calon telah ditandatangani oleh Presiden untuk 37 orang calon. Mengikut konvensyen lazim, watikah hanya boleh ditandatangani oleh Presiden.

17. Dr. Wan Azizah tidak dapat ke Sarawak lalu memberi mandat kepada Azmin untuk menyelesaikan isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon. Pesanan ini telah dihantar melalui whatsapp kepada Azmin.

18. Bagaimanapun, Dr. Wan Azizah meminta Azmin supaya kembali kepada beliau untuk urusan watikah calon. Pesanan ini dibuat melalui voicemail setelah Dr. Wan Azizah gagal menghubungi Azmin.

19. Penyerahan watikah untuk 37 calon telah dilakukan oleh Azmin kepada Baru Bian pada 22 April 2016 di Kuching. Baru Bian telah memaklumkan pihak media bahawa Keadilan masih mahu bertanding di 40 kerusi dan akan terus berunding dengan DAP untuk 5 kerusi yang bertindih.

20. Difahamkan Azmin memberi mandat kepada Baru Bian untuk mengeluarkan watikah tambahan bagi 5 kerusi berkenaan tanpa pengetahuan Dr. Wan Azizah.

Ada satu prinsip yang mengatasi perkara-perkara lain termasuk soal persaingan KEADILAN dengan mana-mana parti pun – Prinsip kebenaran, prinsip keadilan.-Sarawakvoice.com.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru