Sunday, September 25, 2022

BN tidak beri muka kepada calon Bebas : Rundi

Secara Rawak

KUCHING: Sekurang-kurangnya empat ahli dalam komponen Barisan Nasional (BN) dipecat atau meletak jawatan serta-merta semalam ekoran penyertaan mereka sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Menurut Setiausaha Agung BN negeri, Datuk Dr Stephen Rundi Utom, tindakan tersebut diambil sejajar dengan pendirian parti itu untuk tidak bertolak ansur terhadap mana-mana calon ahli yang bertanding menentang calon pilihan tersebut.

“Kita dalam BN tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana calon yang bertanding sebagai calon Bebas atau persendirian, yang berdiri menentang calon BN pada pilihan raya kali ini.

“Saya tegaskan … kita tidak akan memberikan peluang sokongan kepada mereka sama sekali selepas ini, termasuk jika mereka menang,” katanya.

Tegasnya, tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana ahli yang menyokong dan membantu sama ada calon Bebas mahupun parti lawan dalam pilihan raya kali ini.

Jawatankuasa disiplin parti-parti komponen BN katanya, boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu terbabit, termasuk memecat keahlian mereka.

Rundi merujuk kepada tindakan parti itu memecat Ahli Majlis Tertinggi PBB negeri, Watson Bangau Jonathan Renang setelah beliau bertanding sebagai calon Bebas di Dun Bawang Assan.

Beberapa ahli komponen yang turut melepaskan kedudukan dalam parti masing-masing termasuklah Dr Roland Dom Mattu daripada SPDP untuk bertanding di Dun Mulu dan Liu Thian Long daripada UPP yang bertanding di Dun Batu Kawah. – Sarawakvoice.com.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru