Wednesday, June 29, 2022

Beban besar di bahu Chong Chieng Jen pertahankan 12 kubu DAP

Secara Rawak

Dr Lee Kuok Tiung, UMS
Dr Lee Kuok Tiung, UMS

Buat pertama kalinya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak menguji kepemimpinan tiga orang ketua – Tok Nan @ Tan Sri Adenan Satem, Prof. Dr. Sim Kui Hian, dan Chong Chieng Jen.

Mereka ini bukan greenhorn atau newbie dalam arena politik Sarawak tetapi julung-julung kalinya menerajui pasukan masing-masing sebagai ketua.

Adenan Satem umpama nakhoda. Kepemimpinan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak cukup popular sehingga sering dikata, Adenan Way menyebabkan rasa gementar dalam kalangan pemimpin dari semenanjung, baik daripada pembangkang mahupun BN sendiri.

Kapten Adenan ini bukan sahaja mengetuai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi menerajui armada Barisan Nasional (BN) untuk berperang dengan lawan yang cuba memperluaskan kawasan penaklukan mereka.

Kapten Adenan bertanggungjawab mengatur formasi pertempuran dengan lawan dalam kempen dari 25 April hingga 6 Mei.  

Apa-apa pun Adenan team dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah besar untuk menang di kerusi bumiputera, tetapi kejayaan sebenar beliau yang ditunggu-tunggu dan akan dilihat ialah pada jumlah kerusi majoriti Cina yang mampu dirampas semula.    

Dr. Sim mengikut profesion ialah seorang doktor pakar kardiologi. Sudah pasti dalam tradisi kalangan keluarga Cina ramai ibu bapa menaruh harapan agar anak mereka akan rajin belajar dan menjadi doktor atau lawyer suatu hari kelak. Tidak mustahil beliau telah menjadi role model kepada ramai anak Sarawak.  

Asalnya seorang ekspatriat yang memilih untuk balik ke pangkuan masyarakat Sarawak, Malaysia sebelum berkecimpung dalam dunia politik dan terpilih menjadi Presiden SUPP pada 2014.

Langkah pertama beliau sebagai presiden parti adalah menukar imej SUPP daripada sebuah parti tauke dan taikun kepada sebuah parti daripada rakyat untuk rakyat.

Beliau telah memilih untuk meletakkan barisan  pemimpin muda dan telah memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk melonjakkan diri ke hierarki yang lebih tinggi dalam parti dan tindakan puak-puak yang kalah dalam pemilihan dan keluar  parti,  menyaksikan seumpama berlaku overhaul dalam SUPP.                          

Terdapat juga individu yang menggelarkan Dr. Sim sebagai chief engineer bahagian enjin Adenan Team.

Bersama-sama dengan gandingan pemimpin berpengalaman dan yang baharu daripada golongan profesional yang agresif, PRN-11 ini akan menyaksikan buat pertama kalinya Dr. Sim menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua untuk menawan balik wilayah-wilayah tradisi SUPP yang telah diambil oleh lawan.   

Jejaka tampan Chong Chieng Jen merupakan Ahli Parlimen (MP) bandar Kuching (2004 – kini) dan juga Adun Kota Sentosa (2006 – kini).

Beliau yang juga merupakan seorang peguam tidak begitu bernasib baik di awal penglibatannya dalam politik. Beliau tewas kepada calon SUPP ketika pertama kali tanding kerusi MP pada 1999 dan begitu juga pada percubaan kedua beliau di PRN-8 pada 2001. Namun begitu, nasibnya berubah sejak berjaya menjadi MP Bandar Kuching pada 2004 dan Adun Kota Sentosa mulai 2006.

Sebagai pemimpin kanan DAP Sarawak, Chong mengambil alih peranan sebagai pengerusi DAP Sarawak apabila mendiang Wong Ho Leng melepaskan jawatan berkenaan disebabkan masalah kesihatan sebelum mengambil alih portfolio tersebut secara rasmi bagi penggal 2015 – 2017.

Ini juga bermakna PRN-11 Sarawak merupakan pengalaman sulung kepada Chong mengemudi pasukan DAP Sarawak untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang boleh.

Beliau bukan sahaja harus memastikan DAP mengekalkan 12 kerusi Dun yang dimenangi pada 2011, tetapi berapa jumlah kerusi tambahan yang harus dimenangi memandangkan pada edisi ini DAP akan bertanding di 31 kerusi berbanding 15 sahaja sebelum ini.

Lebih menarik 16 daripada 31 kerusi tersebut merupakan kerusi majoriti Dayak.                             
Apa lagi, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Selagi terompet belum dibunyikan jangan berhenti. Hampir sudah pasti 7 Mei 2016 akan melakar sejarah baharu dalam sejarah politik di Malaysia. – Sarawakvoice.com          

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru