Tampil seorang calon OKU, Amanah genggam jari untuk saingi 13 kerusi Melayu, Melanau milik PBB

0
137

KUCHING: Parti Amanah Negara (Pan) malam tadi mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila meletakkan seorang kelainan upaya sebagai calonnya.

calon amanah 7Rapelson Richard Hamit, seorang aktivis muda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial daripada Unimas diumumkan akan bertanding di Dun Gedong.

Memiliki keyakinan yang tinggi dan gemar pada cabaran, Richard yakin beliau mampu memberikan kejutan pada pilihan raya kali ini.

Selain Dun Gedong, PAN turun menurunkan 12 calon lain termasuk Mohammad Fidzuan Zaidi (Dun Demak Laut), Nani Sahari (Dun Samariang), Abang Abdul Halil Naili (Dun Muara Tuang) dan Othman Bin Mustapha (Dun Sadong Jaya).

PAN turut menurunkan Andrew Jain di Dun Sebuyau, Andri Zulkarnaen Hamden (Dun Beting Maro), Jini Sahini (Dun Kabong), Sufian Julaihi (Dun Kuala Rejang) dan Fadillah Bin Sabali (Dun Semop).

Ibrahim Bayau pula akan bertanding di Dun Daro, Kiprawi Suhaili (Dun Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (Dun Balingian).

Menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, parti itu berharap pengalaman pertamanya ini akan membuka peluang yang besar kepada parti itu pada masa depan.

calon amanah 6

“Kita memiliki calon yang berlainan latar belakang. Dua calon kita beragama Kristian manakala tiga calon lain adalah wanita.

Salahuddin berkata walaupun Amanah hanya berusia enam bulan, ia yakin semua calonnya dapat mengukir kejayaan. “Mereka semua berpengalaman dan telah ditapis dengan teliti, justeru kami percaya mereka mampu menggalas tugas yang diamanahkan,” katanya dalam sidang media dan majlis mengumumkan senarai calon di sini, malam tadi.

Amanah merupakan satu daripada parti komponen Pakatan Harapan, dengan dua lagi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada masa yang sama parti itu akan bertembung dengan Pas di enam kerusi iaitu Dun Beting Maro, Dun Muara Tuang, Dun Samariang, Dun Sadong Jaya dan Dun Sebuyau.

Pengarah Pilihanraya Amanah, Dr Hatta Ramli berkata, semua pihak tidak harus memandang rendah dan mudah calon-calon Amanah ini kerana mereka mampu mengurangkan majoriti undi yang diperoleh calon lawan, terutamanya Barisan Nasional.

Kesemua 13 kerusi yang ditandingi tersebut menyaksikan calon Amanah akan menentang calon-calon Melayu Melanau PBB, termasuk calon baharu, yang juga bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya di kerusi Jemoreng. – Sarawakvoice.com