Sunday, November 27, 2022

Kerajaan Negeri tanggung naik taraf, bina stadium dan gelanggang, Sarawak bersedia anjur Sukma ke-18 : KJ

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam lawatannya semalam berpuas hati dengan persediaan Sarawak untuk menganjurkan Sukan Malaysia atau SUKMA ke-18 pada 22 hingga 30 Julai ini.

Menurutnya, segala persiapan termasuk gelanggang dan teknikal pertandingan telah berada pada fasa terakhir dan akan dapat diserahkan kepada pihak penganjur pada bulan depan.

Khairy berkata, beliau berpuas hati dengan segala persiapan yang dilakukan.

Khairy Jamaluddin sukma

“Kecuali gelanggang skuasy yang lewat dua tiga minggu semua gelanggang dan stadium untuk kejohanan ini telah 80 peratus siap, dan dijangka sedia untuk digunakan pada bulan depan.

“Malah ada antara gelanggang ini bertaraf dunia dan layak sebagai pusat latihan skuad kebangsaan,” katanya.

Khairy merakamkan setinggi penghargaan atas komiten kerajaan negeri yang menaja hampir semua kos pembinaan gelanggang ini kecuali gelanggang skuasy, yang dibiayai dengan dana Kerajaan Pusat.

Kejohanan SUKMA akan berlangsung di negeri ini bermula 22 hingga 31 Julai depan, melibatkan 24 sukan, 387 acara dan lebih 8 ribu atlet.

Pada sidang media yang sama beliau turut mengumumkan penangguhan tarikh tutup pendaftaran kejohanan daripada hari ini (22 April) sehingga 30 April depan.

Dalam kejohanan yang bertujuan mencari atlet pelapis ini, ujian doping dan ujian pernafasan turut diadakan secara rambang bagi memastikan para atlet bebas daripada pengaruh dadah dan pengaruh alkohol. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru