MUKAH:  Calon  Amanah Mohamad Fadillah Sabali akan menentang Barisan Nasional (BN) pada 7 Mei ini dalam misi untuk menumbangkan  Abdullah Saidol, Ketua Setiausaha kepada Ketua Menteri Sarawak.

Ayam tambatan Amanah, Fadillah Sabali, 35, lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Aeronautikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menentang Abdullah Saidol.

fadillah amanah

Ketua Pemuda Amanah Sarawak itu, merupakan ahli perniagaan dan ini merupakan pertama kali beliau bertanding dalam pilihan raya.

Dengan slogan “Amanah, Progresif, Peduli”,   parti serpihan PAS berkenaan akan bertanding di 13 kawasan.

Kawasan itu ialah lima kerusi majoriti Melanau, iaitu Kuala Rejang, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian. Lapan lagi kerusi ialah kerusi majoriti Melayu, iaitu Demak Laut, Semariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Gedong, Sebuyau, Beting Maro, dan Kabong.

Amanah menampilkan seorang calon wanita, Nurziati Hamdan bagi menentang Abdul Yakub Arbi di Balingian.

Kubu kuat kerusi majoriti Melanau ini dimenangi Abdullah pada 2011 dengan sokongan 81.4 peratus apabila beliau meraih 4,814 undi. Beliau ditentang  dua calon Bebas, iaitu Ong Chuang Siew (PKR) yang mendapat 9.5 peratus undi dan  Ajiji Fauzan 7.1 peratus undi.’’- Sarawakvoice.com.

Pemerhati politik menyifatkan lima kerusi Melanau berkenaan sebagai selamat bagi BN, manakala daripada lapan kerusi Melayu, Beting Maro dianggap kelabu dan Kabong dikategorikan gelap. – Sarawakvoice.com