Saturday, October 8, 2022

PKR yakin menang sehingga 9 kerusi

Secara Rawak

KUCHING: Tarik tali terus berlaku antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha untuk menyelesaikan secara muktamad senarai terakhir  bagi mengelakkan sebarang pertembungan di lima kerusi Dayak di sebalik keyakinan untuk menambah jumlah kerusi dua kali malah tiga kali ganda berbanding tiga pada 2011.

“Kami telah bekerja keras di peringkat akar umbi dalam usaha menarik pengundi, dan kami mendapat sambutan baik daripada akar umbi,” kata Ketua PKR Sarawak, Baru Bian.

DAP bertanding di 30 kerusi; 15 kerusi Dayak, 14 kerusi Cina dan 1 kerusi Melayu.

Pada 2011, DAP bertanding di 15 kerusi dan menang 12 dan PKR di 49 kerusi dan menang di tiga kerusi.

Kini, PKR mahu bertanding di 40 kerusi, dengan calonnya terdiri daripada pelbagai etnik, pengalaman dan kelayakan akademik.

Amanah, satu lagi komponen Pakatan Harapan akan bertanding di 13 kerusi, dengan tumpuan kepada kerusi Melanau dan Melayu.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian yang akan bertanding di Ba’Kelalan berkata ada dua hari lagi untuk berunding sebelum penamaan calon pada Isnin ini. Setakat ini, PKR telah mengumumkan 35 calon, 24 daripadanya muka baharu.

“Kami pasti akan buat keputusan, dan adalah biasa untuk pertindihan tuntutan kerusi sedemikian dalam politik,” katanya di sini, Jumaat.

Para pemerhati politik berkata, pertembungan sesama sendiri antara dua parti pembangkang itu hanya akan menguntungkan Barisan Nasional, terutama di kawasan ia berpotensi ada harapan menang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru