Friday, October 7, 2022

Pendekkan tempoh konsesi balak, Adenan tak setuju cadangan DAP

Secara Rawak

SIBU: Cadangan DAP agar tempoh lesen konsesi balak Sarawak dipendekkan dan konsesi dibahagikan kepada kawasan lebih kecil dan dikendalikan syarikat lebih kecil adalah tidak sesuai dan akan mengganggu industri itu, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata jika tempoh lesen konsesi lebih pendek “pengusaha-pengusaha tidak akan berminat untuk menjalankan aktiviti hiliran.

“Dan tidak akan ada masa mencukupi untuk mereka mendapatkan semula modal mereka dan membuat keuntungan di atas pelaburan mereka,” katanya semasa mengulas cadangan itu yang dibuat Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen baru-baru ini.

Adenan berucap pada majlis perhimpunan pihak pengurusan, warga kerja dan anggota keluarga WTK Timber Group, satu daripada enam syarikat pembalakan utama di negeri ini, di Pusat Sivik di sini hari ini.

Lima lagi syarikat ialah Rimbunan Hijau, KTS, Samling, Ta Ann dan Shin Yang groups.

Tempoh lesen pembalakan lebih pendek akan menyaksikan syarikat-syarikat pembalakan memilih untuk menjual kayu balak daripada menjalankan aktiviti hiliran dan mewujudkan lebih banyak kerja, kata Adenan.

Lebih 100,000 pekerja dalam industri pembalakan akan kehilangan kerja mereka, katanya.

“Jelas Chong tidak tahu apa yang dikatakannya dan juga beliau tidak tahu akan kesan dan akibat daripada cadangannya itu,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru