Saturday, October 8, 2022

Mura tentang Adenan di Tanjung Datu untuk pertahan hak Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: “Saya dah beri amaran kepada Haji Mura bahawa tidak mudah untuk bertanding di kerusi ini.

“Dia perlu menjadi ‘super’ kuat untuk menahan tekanan di mana sahaja pemimpin utama PBB berdiri.

“Dan dia sanggup serta berani menghadapi tekanan itu,” kata Lina Soo, Presiden Parti STAR.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Timbalan Presiden parti itu Haji Mura Kadir, 65 tahun untuk mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Dun Tanjung Datu.

Mura, bapa kepada empat anak lelaki dan dua anak perempuan merupakan lulusan Louisiana State University dan Ohio State University di Amerika Syarikat.

bdbfff14-30db-410c-bf12-0157a958ad8e

Berpengalaman luas sebagai penjawat awam, Mura pernah menjadi pegawai di Lembaga Kamajuan Tanah Sarawak, selain pegawai pendakwa di Jabatan Kastam.

Mura kemudian menjawat Penolong Pengarah Kastam sebelum dilantik Timbalan Pengarah Kastam / Hasil Dalam Negeri serta Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam di Kolej Antarabangsa Penerbangan Sarawak.

Mengulas pencalonan Mura, Lina berkata, pihaknya tidak peduli akan keputusan yang bakal diperolehnya.

“Yang penting adalah sokongan. Tidak kira apa keputusan pilihan raya itu, beliau sentiasa wira dan pemenang bagi kami,” katanya.

Komitmen Mura katanya, adalah sebagai mesej bahawa Parti STAR sebagai parti tempatan turut mengambil bahagian dalam PRN 11 dan berjuang mempertahankan hak-hak Sarawak.

“Kerajaan Sarawak hari ini telah gagal untuk melindungi rakyat negeri ini dan hak-hak kami seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia,” katanya.

Sementara itu Mura berkata, tiga pelanggaran utama hak-hak Sarawak termasuklah menurunkan taraf dan status Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Malaya dan Sabah, daripada salah satu daripada tiga komponen kepada salah satu daripada 13 negeri persekutuan.

“Pindaan Perlembagaan A354 Seksyen 2 yang dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1976 perlu dimansuhkan untuk memulihkan status negara ini seperti MA63.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan Sarawak juga gagal untuk melindungi sumber-sumber negeri ini dengan menerima hanya lima peratus royalti minyak, dan gagal untuk merundingkan semula syarat-syarat yang lebih baik.

“Yang ketiga, ahli parlimen negeri ini telah gagal untuk melindungi laut wilayah kita dengan menyokong Akta Laut Wilayah 2012 yang telah mengurangkan Zon Ekonomi Eksklusif Sarawak kepada hanya tiga batu nautika di luar pantai negeri ini.

“Dengan itu ia menafikan hak Sarawak yakni 197 batu nautika dari mineral seperti minyak dan gas, ikan dan sumber marin.

Tegas Mura, kerajaan Sarawak mesti tegas mengambil segala cara perundangan dan eksekutif untuk melindungi hak-hak dan sumber ini.

Menurutnya, hanya dengan memilih wakil-wakil parti tersebut untuk Dewan Undangan Negeri, suara rakyat dapat kita ‘didengar.

Parti STAR juga dijangka akan meletakkan calon di Dun Serembu, dengan mencalonkan seorang anak tempatan, Buln Ribos. – Sarawakvoice.com

faf5445a-b665-4742-9c37-615c465ff759

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru