Friday, August 12, 2022

Dua wanita antara tiga maut kereta bertembung lori kargo di Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Tiga maut termasuk dua wanita apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kargo di Kilometer 63, Jalan Sri Aman-Sarikei di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa, Sherine Beb, 25, Madelina Mustadi, 25, dan Shamuel Vincent, 20-an, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, akibat impak pelanggaran dan tersepit di dalam kereta tersebut.

Penolong Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pemandu dan kelindan lori tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis Perodua Viva terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Bomba katanya, menerima panggilan sekitar jam 1.22 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan 6 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 km dari balai.

“Pihak bomba kemudian mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dengan menggunakan ‘rescue tool’ sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakvoice.com

kemalangan sri aman 2 kemalangan sri aman 1

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru