Monday, August 8, 2022

Pemilih Ba’kelalan nilai prestasi saya sebelum undi — Baru Bian

Secara Rawak

KUCHING: Penyandang kerusi Ba’kelalan, Baru Bian daripada Parti Keadilan Rakyat -(PKR) menyerahkan kepada rakyat kawasan itu bagi menilai prestasinya ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepanjang penggal lalu.

“Jika mereka berpuas hati, mereka boleh memilih saya. Jika tidak, mereka boleh memilih calon lain. Sistem demokrasi kita bebas,” katanya dengan wajah bersahaja. Tiada kebimbangan pada raut wajahnya.

pkr baru bian 2

Pengerusi PKR Sarawak itu berkata, beliau telah berbuat sebaik mungkin untuk memastikan rakyat di kawasannya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya telah berbuat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat pembangkang. Malah saya juga terlibat dalam membawa projek-projek kecil ke kawasan.

Menurutnya, beliau percaya kehadirannya sebagai pemimpin pembangkang telah menyebabkan kawasan tersebut tidak ketinggalan menerima tempias pembangunan.

“Ini termasuklah pembinaan laluan darat dari Long Sebang ke Long Sukang yang bernilai RM30 juta dan sebelumnya, tenaga elektrik solar di Long Semadoh.

baru bian pkr 4Kata Baru, beliau yakin pertarungan kali ini agak sengit kerana menyaksikan saingan ulangan di antara Baru dan anak saudaranya, Willie Liau.

Liau, seorang pengamal undang-undang sebelum ini dipilih daripada senarai lapan calon berpotensi BN oleh Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem.

Baru Bian yang juga peguam terkemuka berkaitan isu Tanah Adat Bumiputera (NCR), memenangi kerusi itu setelah menewaskan Liau dengan majoriti tipis 473 undi.

Beliau meraih 2,505 undi, berbanding Liau, 2,032 undi.

Dun Ba’ Kelalan mempunyai lebih 7,000 pengundi dengan 70 peratus daripadanya adalah etnik Lun Bawang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru