Friday, September 30, 2022

Papagomo kecewa dihalang masuk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Selepas beberapa pemimpin DAP dan PKR dikenakan perintah larangan masuk ke negeri Sarawak, terkini blogger UMNO — Azri Wan Deris atau PAPAGOMO turut dikenakan tindakan serupa.

Ahli jawatankuasa UMNO Wangsa Maju itu dihalang untuk memasuki Bumi Kenyalang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dengan pesawat Airasia AK8672 dari Kuala Lumpur sekitar jam 12.15 tengah hari tadi.

Perintah larangan di bawah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/63 tersebut kemudian disampaikan kepada beliau, bagi menyatakan pengusiran dan Papagomo kemudian dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan penerbangan Air Asia yang berikutnya.

Memberitahu wartawan di Kuching, Papagomo membantah larangan tersebut kerana beliau bukannya Ahli Parlimen atau ADUN bagi mana-mana kawasan di Semenanjung.

Turut mengalami nasib serupa hari ini ialah Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara, Datuk Khalid Samad. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru