KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri,  berkata projek Lebuh Raya Pan Borneo besar ertinya kepada beliau dan Sarawak , justeri memberi  jaminan tidak akan mengulangi kesilapan pemimpin terdahulu.

Kesilapan yang berlaku terhadap  projek mega di Sarawak seperti Empangan Bakun tidak akan berulang.

Menurut  Datuk Seri Najib Razak, pelaksanaan projek Bakun tidak mengikut tempoh yang ditetapkan, malah  menelan bajet yang tinggi.

Bagi projek itu, penduduk setempat di kawasan empangan  hanya dapat melihat projek mega itu tetapi mereka masih tiada bekalan elektrik,” katanya dalam catatan Facebooknya, hari ini.

Untuk itu, katanya,  pembinaan Lebuh raya Pan Borneo Fasa Keempat bagi jajaran Simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua yang dilancarkan semalam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Beliau berkata, kerajaan mahukan 2.7 juta rakyat Sarawak menikmati sistem perhubungan darat yang lebih selesa dan moden.

Pihaknya akan mengusahakan projek lebuh raya sebagai usaha bagi mewujudkan peluang pendapatan dan pekerjaan kepada Bumiputera Sarawak yang terbabit dalam pembinaan lebuh raya berkenaan, tambah beliau. – Sarawakvoice.com