KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran balik dengan penuh dan lebih awal kemudahan RM2 bilion daripada Marstan Investments NV.

“Kemudahan ini dimeterai pada Februari 2015 dan hasilnya digunakan untuk membuat bayaran balik hutang RM2 bilion kepada satu sindiket bank tempatan.

“Kemudahan itu diatur untuk 1MDB oleh Tanjong, sebagai pilihan kepada komitmen Tanjong untuk melabur ekuiti RM2 bilion dalam anak syarikat 1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pembayaran balik itu menandakan peristiwa penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB dan mengurangkan lagi obligasi hutang jangka pendek 1MDB. – Bernama