Sunday, June 26, 2022

Presiden Obama berpendapatan RM1.6 juta setahun dijangka beli rumah di Washington

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dilaporkan mencairkan pelaburan bernilai RM3.9 juta tahun lalu, menurut  rekod pulangan cukai yang dikeluarkan oleh Rumah Putih kelmarin.

Menurut The New York Times (NYT) Online, jumlah berkenaan membayangkan Barrack dan isterinya Michelle bersiap sedia untuk  membelanjakan jumlah wang yang banyak seperti membeli rumah.

barack obamaMenurut akhbar itu, bulan lalu, Obama berkata, keluarganya akan terus menetap di kawasan Washington selepas tidak lagi menjadi presiden negara kuasa besar itu pada Januari 2017 sementara menunggu anak perempuannya Sasha, menamatkan sekolah tingginya.

Menurut NYT lagi, pada tahun lepas pendapatan Obama ialah US$436,065 (RM1.7 juta) dan beliau  membayar sebanyak $US81,475 (RM317,813) untuk cukai – iaitu sebanyak 18.7 peratus daripada pendapatannya.

Mereka mendapat bayaran balik sebanyak US$22,859 (RM89,167).

Laporan akhbar itu berkata, Obama dijangka akan berbelanja untuk beberapa perkara termasuk membeli rumah dan  membayar kos tuisyen untuk anaknya Malia, yang dikatakan mempertimbangkan untuk belajar di Stanford atau Harvard, dengan kos tuisyen dan lain-lain adalah $66,000 (RM257,449)  bagi tahun akademik akan datang.

WSJ berkata,  pendapatan Obama dan isterinya berkurangan sebanyak US$40,000 berbanding tahun sebelumnya, disebabkan merosotnya  royalti daripada dua buku autobiografinya, “Dreams from My Father” dan “The Audicity of Hope”.

Pendapatan utama Obama dikatakan adalah daripada gajinya sebanyak US$400,000 (RM1.6 juta)  yang tidak berubah sejak 2014. Pendapatan Obama dan isterinya hasil royalti buku pada 2008 dan 2009 ialah US$8.1 juta (RM32 juta).

Obama dan isteri dikatakan menderma 15 peratus daripada pendapatan, iaitu sebanyak US64,066 (RM249,905) untuk tujuan kebajikan. – Sarawakvoice.com

white house obama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru