Sunday, August 14, 2022

PAS guna peguam pantau proses pencalonan, pengundian

Secara Rawak

KUCHING: Bagi memastikan kelicinan proses penamaan calon dan pengundian melibatkan Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, parti itu mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan barisan peguamnya semalam.

Menurut Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili, peguam-peguam PAS ini kelak akan turun padang untuk mengatur gerak kerja dan menyusun tugas-tugas berkaitan perundangan pilihan raya kepada semua calon dan jentera pilihan raya yang terlibat.

“Turut hadir Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penyelaras Undang-Undang PAS PRN Sarawak, Wan Rohimi Wan Daud.

Mesyuarat itu jelas Mukhtar, turut membincangkan penyelarasan jadual tugasan, direktori, lojistik, isu-isu dan hal berkaitan tugasan barisan peguam parti itu dalam pilihan raya kali ini.

pas sarawak

“Mobilisasi peguam-peguam ini akan bermula secara berperingkat-peringkat ke semua 11 Dun yang ditandingi parti ini, bermula menjelangnya hari penamaan calon pada 25 April 2016 hingga hari pengundian pada 7 Mei 2016.

“Mereka akan memberi khidmat nasihat perundangan, memerhati perjalanan hari penamaan calon dan hari pengundian serta memantau perjalanan pilihan raya,” tegasnya.

PAS Sarawak akan bertanding di kerusi Dun N4 Pantai Damai, N7 Samariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro.

Parti itu turut menghantar calon di N60 Kakus, N67 Jepak, N70 Samalaju, N72 Lambir dan N74 Pujut.

Kesemua 11 calon PAS telah diisytiharkan pada 6 April oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bintulu, Sarawak.

PAS yakin pada pilihan raya kali ini, mereka bakal mencipta sejarah dengan mencatatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru