Monday, August 8, 2022

Pembangkang berhasrat lakar sejarah baru politik Sarawak

Secara Rawak

MIRI: Perbincangan belum selesai, tetapi Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang yakin Pakatan Harapan (PH) akan membentuk pembangkang yang kuat dalam pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Bercakap di pejabat DAP Miri dekat sini semalam, Kit Siang yakin pihak pembangkang akan menguasai sekurang-kurangnya 28 kerusi pada kali ini.

” Biarpun tidak dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN), sekurang-kurangnya ia menunjukkan kita semakin kukuh.

” Jika benar 28 kerusi ini dalam genggaman kita, ia adalah sejarah yang cukup manis,” katan Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Kata Kit Siang, beliau dimaklumkan bahawa dalam kebanyakan kerusi yang ditandingi PH, ia melibatkan pertandingan satu lawan satu.

” Ini berita yang menggembirakan dan saya berharap ia akan kekal hingga hari penamaan dan hari pembuangan undi.

Konsensus PH ini juga jelasnya, adalah persefahaman yang cukup baik dan perlu dikekalkan hingga Pilihan Raya Umum ke-14 yang baru diadakan pada 2018.

Lim berkunjung ke Miri semalam bersama-sama beberapa pemimpin kanan DAP Pusat, termasuk Anthony Loke. Loke bagaimanapun, tidak dibenarkan melepasi imigresen Sarawak.

Kit Siang akan berada di sembilan kawasan pilihan raya iaitu di Mulu ( Baram), Pakan (Julau), Repok, Meradong (Sarikei), Bukit Assek, Pelawan (Sibu) dan Piasau, Senadin serta Pujut (Miri).

Berhubung perintah larangan masuk yang dikuatkuasakan pentadbiran Adenan, Kit Siang menyeru Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem agar lebih bersifat terbuka dan adil.

” Kita yakin beliau akan menang mudah dan selesa tanpa cabaran pada pilihan raya kali ini.

” Justeru itu beliau tidak perlu membuat sekatan ini.

” Biarlah pihak pembangkang datang dan masuk bagi membolehkan mereka membantu jentera parti yang bertanding, tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru