Friday, September 30, 2022

Guan Eng lepas masuk kali kedua di Sarawak tanpa sekatan

Secara Rawak

KUCHING: Di sebalik pengharaman beberapa pemimpin DAP daripada memasuki Sarawak, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mendapat “lampu hijau” dan berjaya melepasi kaunter imigresen tanpa sebarang masalah.

lim guan eng tak sekat 2

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa telah memberi notis awal kepada pihak imigresen Sarawak sebelum berlepas ke Kuching.

Beliau tiba dengan menaiki pesawat AirAsia AK5432 tiba di Lapangan Terbang Kuching sekitar jam 9.10 pagi ini.

Turut serta Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga memperoleh “lampu hijau” oleh pihak imigresen Sarawak.

Ini merupakan kali kedua Guan Eng dibenarkan masuk pada tahun ini. Pada 25 Januari lalu, Guan Eng tanpa sebarang masalah dibenarkan untuk berkempen dan melancarlan Ubah Machine di Bumi Kenyalang.

Menurut Lim, dalam suratnya kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada Selasa lalu, beliau merayu supaya sekatan terhadap pemimpin pembangkang ke negeri itu dihentikan menjelang pilihan raya Sarawak pada 7 Mei ini.

Bagaimanapun surat itu tidak menerima sebarang maklum balas.

Adenan pada minggu ini menegaskan tindakannya melakukan pengharaman masuk ahli-ahli politik pembangkang ke negeri ini adalah bertujuan melindungi kepentingan rakyat Sarawak.

“Saya perlu melindungi kepentingan rakyat Sarawak, terutama daripada unsur-unsur yang tidak baik… dari sudut politik dan sebagainya.

“Itu tugas dan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Sarawak,” katanya.

Sarawak menerusi Perkara 18 Pembentukan Malaysia diberi kebenaran khas di bawah Akta Imigresen untuk menghalang mana-mana individu dari Semenanjung dan Sabah dari masuk ke negeri ini secara sah.

Sejak awal tahun ini beberapa pemimpin politik mengalami kejutan apabila mendapati nama mereka dalam senarai sekatan.

Antaranya termasuklah Teo Nie Ching dan Ooi Leng Han dari DAP, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu and Dr Afif Bahardin (PKR).

Terkini ialah Anthony Loke daripada DAP dan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. – Sarawakvoice.com

lim guan eng tak sekat

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru