Friday, September 30, 2022

DAP umum tanding 29 kawasan, Guan Eng sifatkan Adenan lebih teruk daripada Taib, tawar diri untuk disekat sebagai ganti pimpinan Dap lain

Secara Rawak

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak hari ini mengumumkan parti tersebut akan bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei ini, selari pemuafakatan yang dicapai oleh parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat pusat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, kerusi-kerusi itu ialah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong dan Pakan.

“DAP turut menurunkan calon di Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Katibas, Baleh, Murum, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin dan Mulu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, sekitar 11 pagi tadi.

Daripada kerusi tersebut, 14 masing-masingnya adalah kerusi majoriti Cina dan Dayak manakala satu lagi adalah kerusi majoriti Melayu, iaitu Stakan di Samarahan.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP pusat, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

lim guan eng tak sekat

Chieng Jen berkata, parti itu akan mengumumkan senarai penuh calonnya pada Rabu depan, lima hari sebelum penamaan calon.

Berdasarkan kawasan tersebut, DAP yang sebelum ini memiliki 12 kerusi di Dun Sarawak sedang menggerakkan kempen “Impian Sarawak”nya menawan kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman  negeri ini.

Dalam sidang media tersebut juga, Guan Eng membidas tindakan Adenan menghalang kemasukan pemimpin-pemimpin utama pembangkang sebagai tidak adil dan tidak wajar.

“Tindakan beliau itu adalah lebih teruk daripada ketika zaman Tun Abdul Taib Mahmud berkuasa.

“Taib tidak pernah menghalang kemasukan pemimpin DAP biarpun sokongan rakyat (Cina) tidak memihak kepadanya, berbanding Adenan ketika ini, seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan menyekatnya (Guan Eng) masuk tetapi membenarkan lain-lain pemimpin DAP untuk melaksanakan kempen secara adil.

Para pengundi juga harus mempertimbangkan perkara ini sebelum memilih kerana mereka akan mendapat watak Adenan yang sebenar, seperti yang ditunjukkannya hari ini: tidak adil, katanya.

Pun begitu luah Guan Eng, DAP menyokong sepenuhnya tindakan autonomi yang diperoleh Adenan dan Kerajaan Negeri daripada kerajaan pusat.

“Cuma kita berharap ia diperoleh untuk melindungi kepentingan rakyat Sarawak, dan bukannya kepentingan BN,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru