Friday, September 30, 2022

Anthony Loke  wakil rakyat DAP terbaharu disekat, dijangka ada lagi yang bakal menerima nasib sama

Secara Rawak

MIRI:  Dalam beberapa hari ini Imigresen Sarawak bertindak agresif dengan menyekat lima orang individu dan  wakil rakyat pembangkang, dengan terkini yang diharamkan menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang, ialah  Ahli Parlimen DAP  Anthony Loke.

Dalam catatan terkini Facbooknya, Loke berkata, beliau sudah mendarat di Lapangan Terbang Miri sekitar 10 pagi bersama-sama Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga  penasihat DAP  Lim Kit Siang.

“Landed at Miri airport with Sdr Lim Kit Siang. He was allowed entry but I was barred. Deported back to Kuala Lumpur immediately,” katanya.

Menurut Imigresen Sarawak, Loke merupakan orang keenam dihalang daripada memasuki Sarawak pada tahun ini.  

Ketua Menteri telah dikritik pelbagai pihak, dengan menyifatkannya sebagai satu percubaan untuk menghalang pembangkang daripada berkempen menjelang pilihan raya ke-11.

Justifikasi asal sekatan adalah untuk mengelak daripada kemasukan unsur ekstremis dan fanatik agama, budaya dan kaum, tetapi pembangkang menyifatkannya  sebagai usaha untuk mewujudkan gelanggang permainan tidak sama rata.

Pilihan raya negeri diadakan 7 Mei, dengan hari penamaan calon pada 25 April, memberi tempoh 12 hari untuk 13 parti politik yang dijangka bertanding, berkempen.

DAP  berusaha untuk merampas Senadin yang ia hanya tewas sebanyak 58 undi kepada Barisan Nasional pada 2011.  Kerusi Pujut dan Piasau dimenangi DAP dalam pilihan raya itu.

Pemerhati berkata, berdasarkan perkembangan semasa, bukan menghairankan akan ada lagi termasuk dalam senarai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru