Sunday, August 14, 2022

2 lelaki ditahan, 59 kayu belian dirampas di Sarikei

Secara Rawak

SARIKEI: Sebuah kapal membawa muatan kayu berlian ditahan kerana tidak memiliki removal pass di kawasan perairan pelabuhan Sungai Rajang di sini, semalam.
Permeriksaan Op Pensura itu dijalankan tiga anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei pada jam 10 pagi.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak ACP Kalai Chelvan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut tidak memiliki removal pass membawa muatan kayu belian pelbagai saiz sebanyak 59 batang.

Kesemua kayu belian tersebut telah dirampas dan dua lelaki ditahan.

“Satu laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Sarikei dan seterusnya diserah kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM 866,000 “, katanya.

Pihak Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti –aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan. Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM W.5 NO TEL : 082-334111 FAX : 082-344780. – Sarawakvoice.com

Screen Shot 2016-04-15 at 12.03.01 PM Screen Shot 2016-04-15 at 12.02.51 PM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru