Friday, August 19, 2022

Ombak ganas politik Kabong, bendera BN terbalik bukti protes ahli parti

Secara Rawak

KABONG: Enam bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang terbalik, dengan satu daripadanya berwarna kusam pada latar sebuah pentas cukup menggambarkan betapa calon BN di Dun Kabong, Mohd Chee Kadir, 63 tahun, bakal meniti laluan getir pada pilihan raya negeri kali ini.

kes kabong prn

kes kabong prn 3

Chee Kadir yang dipilih daripada lapan calon berpotensi untuk kerusi tersebut sebelum ini tampak perlu bekerja keras — bukan sahaja memenangi hati pengundi malah menangani sokongan berbelah bahagi ahli-ahli parti.

Chee Kadir memang orang parti dan anak tempatan Kabong. Namun sebahagian besar perjuangan kepartiannya dihabiskan di Miri. Beliau merupakan Bendahari dan Setiausaha Parti PBB Senadin untuk lebih 20 tahun, dengan baki tujuh tahun kebelakangan ini menjawat Timbalan Datuk Bandar Miri.

kes kabong prn 2

Justeru itu, tidak hairanlah ramai yang beranggapan beliau “hilang sentuhan” dengan hierarki parti di kawasan tersebut, kata seorang sumber yang rapat dengan pemimpin parti kawasan yang dihubungi Sarawakvoice.com hari ini.

Katanya, Chee Kadir telah dianggap sebagai “orang luar” dan “payung terjun” — sekali gus mengundang protes dan sabotaj daripada kalangan ahli parti.

Seramai 9,157 pemilih berdaftar layak mengundi di Dun Kabong pada PRN kali ini dengan 65 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 25 peratus Iban dan 10 peratus lain-lain.

Jelas sumber itu lagi, biarpun kurang disenangi, Chee Kadir mungkin masih menang, tetapi perlu bekerja kuat dan gigih bagi menentang gelora protes.

“Ya, protes penduduk kampung terutamanya kelompok parti PBB sendiri semakin ganas, seganas arus Batang Lupar.

“Mereka kecewa kerana Adenan gagal mendengar suara dan keluh kesah rakyat di kawasan,” tambahnya.

Katanya, perlu diingat, jika mereka berani melaungkan nama Datuk Amar Asfia sebagai calon, mereka juga berani memprotes calon jauh ini.

“Apakah Adenan memilih beliau hanya kerana Adenan mengenalinya sebagai Timbalan Datuk Bandar dan orang lama dalam parti?

“Beliau (Adenan) sepatutnya turun ke bawah dan mendengar suara ahli parti,” jelasnya lagi.

040c72d2-d131-452c-b7d6-c9f411987299

 

Difahamkan, atas kemarahan meluap-luap, beberapa tokoh penting di kawasan tersebut mula mencari calon yang akan dijadikan ayam sabung bertaraf “Bebas”. Malah beberapa nama daripada baki tujuh calon berpotensi telah dirisik untuk tujuan itu, biarpun mereka telah diminta untuk bersumpah dan berikrar untuk setia dan tidak melakukan sabotaj.

Di peringkat pembangkang, difahamkan beberapa wakil Parti Amanah Negara (PAN) telah mula menggerakkan aktiviti bagi memperkenalkan kesedaran orang ramai akan kehadirannya.

amanah kabong 2

amanah kabong 4

Justeru rakyat telah mempunyai alternatif pada pilihan raya kali ini dan ia amat berbahaya kepada Chee Kadir dan BN sendiri.

“Yang jelas, menjelang hari penamaan calon kelak, Dun Kabong akan menyaksikan pertempuran sekurang-kurangnya tiga penjuru,” katanya. – Sarawakvoice.com

Pihak MDS membuka bendera setelah terima aduan
Pihak MDS membuka bendera setelah terima aduan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru