Menteri jawab isu  beri hadiah RM10 kepada pemenang perlumbaan

0
204

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan mengakui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan kepada pemenang program Junior Cycling Malaysia (JCM) memang kecil.

Khairy Jamaludin berkata pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak ialah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang.

“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” katanya.

Beliau memberi reaksi terhadap komen dan kritikan di alam maya tentang bagaimana jumlah hadiah adalah terlalu kecil. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10.

Program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) merupakan program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor.

Sirkit JCM akan menjelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini.

Khairy berkata, walaupun beliau banyak mempromosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiah disebarkan secara viral.

Kata beliau lagi “We want them to grow up with the right values and attitude. Yes, money is important and if they do well in sports, they will be financially rewarded later on but let’s not spoil them from when they are young. Let them want to win for the sake of winning, to be the best not because of money but because of determination and honour.”

Lagipun, jelas Khairy, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai.

“Rata-rata  ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal. Mereka gembira memberi sokongan kepada anak-anak mereka,” tambahnya, cuba mempertahankan tindakan penganjur berkenaan.

Beliau mengakui, “Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak.”- Sarawakvoice.com