MUKAH: Dua kawasan majoriti Melanau di kawasan Parlimen Igan bakal menyaksikan muka baharu pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Dr Juanda ketika dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis 2016
Dr Juanda ketika dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis 2016

Menurut sumber dalaman parti, Barisan Nasional (BN) dijangka menurunkan calon “heavyweight”, bekas Mufti Perlis yang kini Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng,

Beliau akan menggantikan penyandang, Abu Seman Jahwie, yang terpaksa diundurkan kerana faktor kesihatan. Abu Seman yang turut menjawat Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak mengalami masalah jantung sedikit masa lalu.

Pemilihan Dr Juanda dikhabarkan turut mendapat restu Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memungkinkan beliau sebagai individu paling layak menjawat porfolio agama dalam kabinet negeri.

Pada tahun 2011, Abu Seman Jahwie memperoleh 4,505 undi mengalahkan dua calon Bebas, iaitu Abdul Hafiz Noh yang mendapat 1,579 undi dan Asbor Abdullah yang hanya mendapat 77 undi.

Calon Parti Pesaka Bumiputera (PBB) itu mendapat majoriti 2,926 undi dengan peratusan pengundi yang turun mengundi 72.9 peratus daripada 8,635 pengundi berdaftar.

Untuk rekod, pelantikan Dr Juanda sebagai Mufti Perlis pada tahun 2009 dahulu adalah dengan persetujuan Abdul Taib dengan syarat, ia dilakukan dalam konteks pinjaman pegawai kerajaan.

Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, ketika masih berkhidmat di negeri Indera Kayangan itu, nama Dr Juanda pernah muncul dalam radar politik Perlis, sebagai calon rebutan di antara dua parti yang bertanding ketika itu.

Sementara itu, kata sumber itu lagi, di kerusi Dun Daro, BN akan menampilkan bekas Pegawai Daerah Daro yang kini Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Safiee Ahmad sebagai calon muka baharu.

shafie murni daro 2
Safiee dan Murni Suhaili dalam beberapa program di Daro.

shafie murni daro

Beliau akan menggantikan Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak, Murni Suhaili, yang dikhabarkan berhadapan krisis sokongan rakyat.

Berdasarkan kajian oleh sebuah kumpulan penyelidik bebas baru-baru ini, sokongan terhadap Safiee tiba-tiba mencanak sehingga melebihi 80 peratus, hingga ada kampung mengadakan solat hajat berterusan bagi memastikan nama beliau muncul dalam radar pemerhatian.

Pada pilihan raya negeri 2011, Murni meraih 4,814 undi menewaskan Jalaludin Ibrahim (PKR) yang mendapat 475 undi, dan Mohamad Noh Bakri, calon Bebas yang memperoleh hanya 129 undi.

Murni mendapat majoriti 4,250 undi dengan peratusan yang turun mengundi ialah 72.1 peratus daripada 7,305 pengundi berdaftar.

Difahamkan kedua-dua calon muda ini telah dipanggil oleh Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem untuk mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya kali ini.

“Pertemuan khas yang berlangsung di kediaman Adenan ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Igan, Datuk Wahab Dollah, bagi memastikan kedua-duanya mendapat sokongan penuh ahli parti.” – Sarawakvoice.com

list candidate