KUALA LUPUR: Di sebalik kontroversi berkaitan pendakwah  bebas dan tidak kurang kontroversi, bukan semua yang bersetuju tindakan menutup pentas untuk beliau menyampaikan ceramah dan dakwah kepada umat Islam di negara ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abdidin  semalam memberi peluang kepada Dr Zakir Naik untuk  berceramah ke negeri itu.  

Ironinya, Dr Zakir  diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013.

Kerajaan  Terengganu  di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman  mengundang Dr Zakir menyampaikan ceramah agama yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk  negeri berkenaan.

Menurut Dr Asri, kemunculan pendakwah antarabangsa itu mendapat perkenan Raja Muda Perlis.

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis. Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, Insya-Allah Perlis terbuka untuk beliau, “katanya dalam Facebooknya, semalam.

Asri berkata demikian selepas beberapa pihak membantah siri jelajah Dr Zakir Naik  yang terkenal sebagai tokoh perbandingan agama dan bukan menganjurkan pemusuhan antara agama,

Dr Zakir telah  disekat daripada menjelajah di beberapa tempat di negara ini, dengan Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan penganjur di Melaka membatalkan ceramah beliau.  

Zakir  sepatutnya  menyampaikan ceramah bertajuk ‘Persamaan antara agama Hindu dan Islam’ pada 17 April ini di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Justifikasi, majlis berkenaan dianggap dapat  mengganggu gugat ketenteraman awam dan menyentuh sensiviti keagamaan.

“Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat intellectual discourse,” kata Asri. – Sarawakvoice.com