Friday, October 7, 2022

UPP bakal dapat tujuh kerusi,  penganalisis politik

Secara Rawak

KUCHING: Di sebalik usaha untuk mempertahankan kerusi tradisinya, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berhadapan risiko kehilangan enam kerusi kesemuanya kepada parti serpihan, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

UPP dijangka mendapat tujuh kerusi kesemuanya, termasuk satu kerusi baharu.

Parti tertua  itu telah kehilangan Mambong, satu kerusi baharu susulan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Menteri mengumumkan kerusi berkenaan diserahkan kepada calon langsung dari UPP, Datuk Dr. Jerip Susil ketika SUPP amat mengharapkan ia diberi kerusi majoriti Bidayuh berkenaan.

Kelmarin di Sri Aman, Adenan turut mengumumkan seorang lagi calon langsung dari UPP, Johnical Rayong.

Perebutan kerusi menyaksikan lobi-melobi begitu sengit menjelang hari pembubaran Dun Sarawak hari ini, 11 April.

Perkembangan terkini menimbulkan ketegangan dalam kalangan pemimpin dan ahli kedua-dua parti, dengan SUPP mengharapkan untuk mewakili sebanyak mungkin kerusi yang lazim ditandinginya.

Sebaliknya, UPP yang mendakwa mempunyai 22 cawangan dengan 30,000 ahli mengharapkan diberi jumlah kerusi yang memadai, tentu sebahagian besar daripada kerusi tradisi parti asalnya, SUPP.

Penganalisis politik berkata, selain Bawang Assan, Dudong, Engkilili, dan Mambong, parti termuda Sarawak berusia sekitar dua tahun itu, dijangka akan turut mendapat Opar, dan Meradong.

Mambong, kerusi asal Bengoh, dianggap bukan kerusi baharu oleh pihak UPP, justeru, mereka mengharapkan untuk diberi satu kerusi baharu.

Jika perkara ini benar-benar terjadi, penganalisis berpendapat, ia merupakan satu pukulan teruk kepada SUPP, dan  boleh menimbulkan kesan mendalam terhadap trajektori dan masa depan politik Sarawak.

Malah, beberapa hari sebelum Tan Sri Adenan Satem mengumumkan nama Dr. Jerip, kain rentang calon berpotensi SUPP Ahkim Sarok dipaparkan di beberapa lokasi strategik kawasan terbabit, membuktikan iltizam dan harapan parti Cina berkenaan supaya diberi kerusi berkenaan oleh Adenan.

Pertelagahan BN Sarawak Injunksi mahkamah jalan terakhir copy

Ketika mengumumkan senarai 10 calon SUPP di pejabatnya Khamis lalu, Adenan menyerahkan kerusi baharu, Batu Kitang kepada SUPP. Pemimpin SUPP tidak menerima positif perkembangan tersebut sebagaimana terserlah daripada ekspresi wajah dan bahasa tubuh Datuk Dr. Sim Kui Hian yang muram dan kelat.

Setakat ini SUPP diberi 11 kerusi, iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Batu Kitang, Simanggang, Bukit Assek, Piasau, Senadin dan Repok. Kemungkinan besar SUPP akan diberi Pelawan dan Pujut, malah dijangka kehilangan Tanjung Batu yang mungkin diserahkan kepada SPDP. Dengan itu, ia kehilangan jumlah kerusi yang agak besar berbanding  19 yang ditandinginya pada 2011.

Terdapat enam kerusi majoriti Cina di  zon selatan, tujuh di zon tengah dan tiga di zon utara Sarawak.

PBB, parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) diperuntukkan lima daripada 11 kerusi baharu, manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) 2 kerusi.

Pada 2011, SUPP kehilangan 13 kerusi, 12 kepada DAP dan 1 kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebanyak  71 kerusi Dun dipertandingkan dalam pilihan raya ke-10 itu berbanding 82 sekarang, dengan dua per tiga daripadanya terletak di luar bandar.

Pilihan raya ke-11 membabitkan 1.14 juta pengundi dijangka diadakan pada 7 Mei atau selewat-lewat 14 Mei ini.

Pertelagahan parti asal dengan parti serpihan  boleh mendatangkan kesan negatif kepada BN.

Untuk itu, Adenan terpaksa meletakkan calon langsung BN bagi kerusi yang menjadi rebutan antara parti itu, dengan sebahagiannya adalah dari parti serpihan atau parti asal sendiri.- Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru