Wednesday, December 7, 2022

Pakatan Harapan harus hormati kerusi yang ditandingi PAS dan elakkan pertindihan jika ingin menang

Secara Rawak

KUCHING: PAS Sarawak hari ini meminta agar Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan parti itu dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

pas sarawak prn2Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam situasi ini PKR sewajarnya mengambil peranan untuk berbincang dengan rakan komponen, terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi berkenaan.

“Ini bagi mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN),” katanya seperti yang dipetik daripada laman portal Antarapos.

Mukhtar berkata, PAS tidak menghalang hasrat PAN untuk bertanding kerana ia amalan demokrasi, tetapi berharap mereka tidak menindih kerusi PAS, kerana ia merugikan semua pihak.

“Kelebihan PAS ketika ini adalah pada pendekatannya yang lebih terbuka kepada semua golongan dan tidak terhad kepada masyarakat Islam seperti yang didakwa.
Walaupun PAS ini parti Islam katanya, tetapi ia adalah parti untuk semua.

“Sebab itu mesej kita Islam untuk semua, dan tawaran yang kita lancarkan bulan lalu adalah ‘Sejahtera Untukmu Sarawak’.

“Malah kita berjuang gigih untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak, kemakmuran rakyat Sarawak, sama ada dari segi kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

Dan sebab itu juga katanya, daripada 11 calon PAS, salah seorang daripadanya adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian.

“Penting untuk PAS diberi peluang bertanding di 11 kerusi berkenaan kerana ia adalah atas permintaan akar umbi selain keupayaan PAS membentuk jentera yang lebih tersusun dan calon yang lebih berpotensi di kerusi-kerusi Dun¬†berkenaan.”

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, PAS bertanding di lima kawasan – Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. – Sarawakvoice.com

pas sarawak prn

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru