Monday, August 8, 2022

Mindef bina pangkalan operasi di pelantar minyak untuk lindungi perairan Sarawak

Secara Rawak

MIRI: Kementerian Pertahanan bercadang untuk mewujudkan sebuah pangkalan operasi hadapan di Bintulu bagi meningkatkan aspek kawalan keselamatan di negeri ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
pangkalan udara khas itu kelak akan dibina di atas pelantar minyak dan gas yang telah diubah suai.

“Kita akan menggunakan model pangkalan hadapan Sabah, yang sebelum ini dibangunkan dengan kerjasama Petronas,” katanya selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Veteran Tentera peringkat kebangsaan di sini hari ini

Kata Hishamuddin, pangkalan itu kelak diharap dapat menangani sebarang ancaman keselamatan yang wujud di kawasan perairan Sarawak, secara lebih pantas dan efektif.

“Menerusi pangkalam ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat menggandakan kepantasan tindak balas terhadap sebarang acaman penganas, termasuk mendaratkan helikopter dan pesawat peninjau udara kawalan jauh,” jelasnya.

Hishamuddin berkata, sistem pertahanan yang berkesan di kawasan tersebut amat penting dalam usaha meningkatkan keselamatan bandar pesisir pantai itu, yang terkenal dengan industri minyak dan gas bernilai berbilion ringgit.

Hishammudin bagaimanapun berkata, usaha itu akan diputuskan selepas pilihan raya Sarawak, kerana ia membabitkan kos besar.

“Misalnya di Sabah, kita membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk tujuan itu.”

Berkaitan langkah keselamatan di perairan Sabah, Hishammuddin berkata mesyuarat Kabinet semalam bersetuju meningkatkan kawalan keselamatan di pusat peranginan dan hotel di kawasan tersebut berikutan kes culik empat rakyat Malaysia baru-baru ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru