Monday, December 5, 2022

71 penduduk dipindah kerana tanah runtuh di Sg Plan, Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Seramai 71 orang daripada 14 keluarga yang mendiami kawasan setinggan di Sungai Plan dekat sini dipindahkan semalam berikutan kejadian tanah runtuh.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, kejadian berlaku sekitar jam 8.55 pagi semalam, ketika kawasan berkenaan dilanda hujan lebat.

“Tanah runtuh tersebut meranapkan bahagian belakang kebanyakan rumah, menyebabkan penduduk bimbang dan minta dipindahkan,” katanya kepada sarawakvoice.com semalam.

Berikutan itu katanya, JPAM telah mengaturgerakkan aset dan anggota ke lokasi untuk melakukan tinjauan, sambil menggerakkan akriviti pemindahan, setelah penilaian situasi dilakukan oleh Pejabat Residen dan Daerah Bintulu.

Kawasan Sungai Plan di Jalan Tanjung Kidurong merupakan kawasan berisiko banjir setiap kali hujan lebat bertembung air pasang besar. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru