Sunday, August 14, 2022

Teknologi drone berjaya kesan pembalakan haram

Secara Rawak

BETONG: Penggunaan teknologi drone buat julung kalinya oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) ternyata berkesan apabila berjaya mengesan aktiviti pembalakan haram berhampiran Brayang, Roban dekat sini.

Jurucakap SFC berkata, sebaik mendapat maklumat dari orang awam, drone diterbangkan dari Pusat Sehenti SFC di Betong.

“Imej yang dirakamkan drone itu menujukkan ada aktiviti serta kesan pembalakan di kawasan itu.

“Susulan itu, sepasukan penguatkuasa dikejarkan ke kawasan terbabit untuk menjalankan serbuan,” katanya.

Serbuan berjaya dijalankan dengan merampas 700 balak pelbagai saiz dan spesis bersama satu jengkaut.

Jumlah balak yang dirampas ialah 70 cubic meters.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Roban dan kes akan diserahkan kepada Jabatan Hutan untuk tindakan selanjutnya, sebaik laporan lengkap dibuat. – Sarawakvoice.com

drone balak-0000 drone balak-0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru