Monday, August 15, 2022

Shafie Apdal yakin BN menang PRN Sarawak

Secara Rawak

GURUN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) akan menang selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi.

Shafie yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap negeri itu berkata, faktor kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilihat bakal menjadi penyumbang terbesar terhadap kemenangan BN.

“Saya yakin BN boleh menang kerana kepimpinan di situ … khususnya Ketua Menteri Sarawak yang melaungkan Sarawak untuk Sarawak…dan pelbagai perkara yang beliau tuntut.

” Pada masa yang sama, beliau turut memperjuang isu pembangunan dari sudut apa yang rakyat Sarawak mahu,” katanya selepas Program Santai Pemimpin Bersama Akar Umbi di sini, pada Khamis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru