Friday, December 2, 2022

Liga Super: Rajagobal tidak rela putih mata lagi

Secara Rawak

KUCHING: Menang 1-2 ke atas Pulau Pinang empat hari lalu selepas tiga minggu berehat seharusnya menjadi suntikan semangat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk mengulangi kejayaan di Stadium Negeri malam ini.

liga superBermain di stadium kosong gara-gara pelaksanaan hukuman oleh Lembaga Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad Bujang Senang harus melayani skuad T-Team dengan fokus kemenangan.

Menurutnya, kegembiraan dengan kemenangan pertama selepas enam perlawanan saingan Liga Super harus diteruskan pada perlawanan ini.

“Ia misi tiga mata dan para pemain harus mengekalkan momentum di Stadium Bandaraya Selasa lalu.

“Fokus kami adalah untuk tiga mata penuh dan menjelang pertemuan dengan T-Team ini, saya akan cuba caturkan strategi terbaik.

Katanya, biarpun tanpa penonton, beliau berharap para pemain dapat memberikan sepenuh komitmen dan fokus untuk memburu kemenangan kedua.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu menambah, rombakan kecil akan dilakukan untuk memastikan skuad bimbingannya tidak berputih mata di laman sendiri.

liga super 2“Sarawak akan mempertaruhkan barisan terbaik dan corak permainan yang lebih mantap bagi memberi cabaran,” katanya sebagai prebiu bagi berhadapan skuad bimbingan Rachmat Darmawan itu.

Akui Rajagobal, beliau tidak rela skuad pimpinannya tercicir sebarang mata lagi dalam baki perlawanan liga musim ini.

“Semua aksi sama ada di laman sendiri atau gelanggang lawan selepas ini amat mustahak meskipun saya akui ia bukan tugas yang mudah,” katanya.

Selepas enam perlawanan, Sarawak menduduki tempat ke-10 carta liga dengan mengutip lima mata, hasil satu kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru