Wednesday, December 7, 2022

Polis Sarawak lumpuhkan sindiket nombor ekor di Bintulu, Kanowit, Padawan dan Bau.

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak menahan 19 individu yang dipercayai menjadi anggota sindiket judi nombor ekor haram di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak, SAC Dev Kumar berkata, operasi yang dijalankan sejak Isnin lepas tertumpu kepada beberapa daerah di Sarawak termasuk Bintulu, Kanowit, Padawan dan Bau.

“Dalam 10 operasi yang dijalankan itu, polis telah merampas tunai sebanyak RM9, 577 — yang dipercayai wang pertaruhan untuk judi nombor ekor itu,” katanya kepada sarawakvoice.com.

Dev berkata, operasi ini dijalankan susulan satu kes pergaduhan yang tercetus di Medan Jaya, Bintulu pada malam Isnin lalu.

Pergaduhan itu menyebabkan dua individu cedera parah di kepala.

Hasil maklumat yang diperolehi kemudian mendapati pergaduhan ini berpunca daripada persaingan dua kumpulan yang menjalankan aktiviti perjudian yang sama.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 4 (A) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. РSarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru