Sunday, August 14, 2022

Pasukan Gerak Khas rampas 50 kotak rokok, 548 kotak mercun seludup bernilai RM335,000

Secara Rawak

SIBU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas 50 kotak rokok seludup dan 548 kotak mercun bernilai lebih RM335,000 dalam satu serbuan keatas sebuah gudang dekat Lorong Ding Lik Kong, Sungei Merah di sini kelmarin.

Komander Briged PGA Sarawak, Dato Isa bin Munir, dalam kenyataannya berkata, pihaknya bertindak atas maklumat risikan dan orang awam.

“Sepasukan 9 pegawai dan anggota daripada PGA Briged Sarawak diketuai ASP Sahamran Ibrahim bersama 4 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM melakukan pemeriksaan keatas premis tersebut dan turut menahan 3 lelaki tempatan.

“Siasatan awal mendapati 50 kotak mengandungi 2600 karton rokok jenama Parkway tersebut tiada cukai dan mercun yang ditemui pula telah tamat tempoh permitnya pada Januari tahun ini” katanya.

Kes ini disiasat dibawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan dengan kesalahan pertama boleh didenda tidak lebih 10 kali nilai barangan atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.  – Sarawakvoice.com

IMG_3213

IMG_3214

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru