KUALA LUMPUR:  Tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti  didakwa pembangkang selama ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said  berkata laporan itu sekali gus mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah.

“Terbukti segala tuduhan dan tohmahan terhadap Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas dan hanya bermotifkan politik semata-mata yang berniat untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik,” katanya.

Azlina berkata: “PAC ialah jawatankuasa bi-partisan yang dianggotai oleh wakil pembangkang dan kerajaan. Proses siasatan yang dijalankan secara telus dengan memanggil saksi-saksi yang berkaitan serta menggunakan dokumen-dokumen sokongan yang sah.”

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)   setebal 106 halaman yang dikeluarkan di sini hari ini

hari ini sekali gus  membuktikan  hasil siasatan dan laporan PAC itu turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan kewangan dan tiada duit yang hilang seperti didakwa sebelum ini.

Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu ‘kurang memuaskan’, yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Jawatankuasa itu mendapati bahawa kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaik masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Setelah beroperasi lima tahun, 1MDB, anak syarikat milik penuh kerajaan, menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014.

Hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014.

Pada Januari 2016, hutang tersebut mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015,  mengikut anggaran yang belum diaudit. – Sarawakvoice.com