Monday, December 5, 2022

553,000 rakyat Sarawak  tiada hak mengundi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Dengan sekitar 1.14 juta pengundi berdaftar yang  layak turun mengundi pada pilihan raya negeri kali ini, masih terdapat lebih setengah juta yang layak, tetapi belum berbuat demikian hingga kini menyebabkan mereka hilang hak mengundi.

Golongan ini layak mendaftar, kerana telah mencecah usia 21,  sebagaimana termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan, tetapi sebanyak 553,233 orang lagi masih belum mengambil langkah untuk mendaftar, bagi melayakkan diri mereka sebagai pengundi, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada  Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Berdasarkan senarai pengundi terkini, jumlah pengundi berdafttar adalah sebanyak 1,141,294, termasuk 14,000  daripada anggota tentera dan 9,500 daripada anggota polis.

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada  Isnin ini, 11 April dengan pilihan raya ke-11 dijangka  pada 7 Mei atau selewat-lewatnya 14 Mei.

Namun, tarikh yang dicadangkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem adalah 30 April.

Terdapat 82 kerusi bakal dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baharu susulan proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu.

Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional meraih 55 kerusi daripada 71 kerusi, DAP 12, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3 kerusi, dan Bebas 1. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru