Sunday, August 14, 2022

Warga emas maut dilanggar van di Bau

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki warga emas maut dilanggar sebuah van ketika cuba melintas jalan dalam kejadian di KM16.8 Jalan Bau-Batu Kawa di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa Minuk Ak Ngotuk, berumur 79 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bau.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila van yang datang dari Bau dalam perjalanan ke Sungai Pinang telah merempuh seorang pejalan kaki yg sedang melintas jalan.

“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak ke cermin depan van dan menyebabkan mangsa parah.

“Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pejalan kaki tersebut telah disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan kecemasan di hospital Bau,” katanya.

Kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Mayat mangsa dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya sebelum dituntut ahli keluarga. – Sarawakvoice.com

IMG-20160404-WA0000 IMG-20160404-WA0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru