Saturday, May 21, 2022

Warga emas hilang ditemui mati dalam kebun di Temudok, Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ditemui tidak bernyawa di kebunnya, di Pulau Cina, satu kilometer dari Temudok, dekat sini.

Menurut Ketua Zon Sri Aman Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohd Raffy Saibi, mangsa yang dikenali sebagai Indit Entinggi, 66, dijumpai dalam keadaan tidak bergerak pada jam 1.20 petang semalam setelah pihaknya meluaskan pencarian kepada radius 2.5 kilometer.

Terdahulu, laporan kehilangan mangsa diterima daripada Ibu Pejabat Polis Sri Aman sekitar jam 11.27 malam Sabtu.

Berikutan itu katanya, satu pencarian besar-besaran digerakkan pagi tadi melibatkan pelbagai agensi seperti Bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Mayat mangsa katanya, kemudian dibawa balik ke Rumah Gebnore Bunkang Temudok sekitar jam 2.30 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk urusan lanjut. – Sarawakvoice.com

mayat sri aman mayat sri aman 2 mayat sri aman 3

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru