Wednesday, November 30, 2022

Kes culik: Libatkan sepupu Ahli Parlimen Lanang, DAP kemuka usul bahas di Parlimen hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) dijangka akan mengemukakan usul memgenai keselamatan dan kes penculikan empat anak kapal tunda Massive 6 di Parlimen hari ini.

Jika diterima, perbahasan dijangka hangat, apatah lagi salah seorang mangsa, Johny Lau Jung Hien, 21 tahun, merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng.

Tiga lagi mangsa ialah pasangan adik-beradik Wong Teck Peng, 31, dan Wong Teck Chi, 21, serta sepupu mereka, Wong Hung Sing, 34.

Keempat-empat mereka yang berasal dari Sibu, diculik oleh lapan lelaki bertopeng dan bersenjata di perairan Semporna, Sabah pada malam Jumaat.

Mereka dilarikan dengan bot laju yang menggunakan enjin berkuasa besar ke perairan Pulau Ligitan sejurus sebelum perintah berkurung dilaksanakan di perairan tersebut pada jam 7 malam.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, isu ini hanya akan dapat dibahaskan pada esok kerana menurut Peraturan Mesyuarat, usul tergempar hendaklah dikemukakan kepada speaker sekurang-kurangnya sehari sebelum perdebatan.

Ini merupakan kejadian kedua kes penculikan yang melibatkan rakyat Sarawak di perairan Sabah.

Pada jam 7.45 malam, 14 Mei lalu, seorang jurutera yang berasal dari Satok, Kuching, Bernard Then telah diculik bersama-sama pengurus restoran Ocean King, Thien Nyuk Fun, 50, di Sandakan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 November lepas hasil rundingan di antara wakil Kerajaan Malaysia dan kumpulan militan Abu Sayyaf tersebut.

Manakala Bernard dipercayai dipenggal kepalanya setelah askar Filipina menggempur kedudukan militan Abu Sayyaf. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru