Monday, December 5, 2022

SPR sah terima notis bubar dari Speaker DUN Sarawak

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima pemakluman rasmi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Speaker Dewan, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Datuk Seri Hashim Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun hanya akan mengadakan mesyuarat khas selepas pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa pada 11 April nanti.

“Mesyuarat khas itu bagi memutuskan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

” Ini termasuk tarikh-tarikh penting seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu, selain persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu kelak,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Khamis menepati ramalan pemerhati politik apabila mengumumkan persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib agar DUN Sarawak dibubarkan pada 11 April.

Dengan pengumuman tersebut, semua pihak kini tertumpu kepada SPR untuk penentuan tarikh-tarikh penting di atas.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 menyaksikan peningkatan jumlah pemilih berdaftar sebanyak 1.14 juta orang, berbanding 979 ribu pada 2011.

Daripada jumlah itu, 49.92 peratus adalah lelaki manakala 50.08 peratus adalah perempuan manakala mereka yang berusia 50 tahun ke bawah adalah sekitar 56.4 peratus.

Ia membabitkan sebanyak 1,869 pusat mengundi dan 2936 saluran mengundi di seluruh negeri. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru