Sunday, August 14, 2022

Selepas curi susu di pasar raya, lelaki 55 tahun curi motosikal pula

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara kerana kesalahan mencuri susu di sebuah pasar raya di sini, tidak serik dan terus melakukan jenayah.

Lelaki berumur 55 tahun itu ditahan di Pasar Batu 10 di sini, semalam kerana mencuri sebuah motosikal.

Menurut sumber, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan merampas sebuah motosikal yang dibawa suspek dan dua kunci motosikal.

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Semakan pada nombor chasis dan enjin mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Sekama semalam.

“Soal siasat, suspek mengaku mencuri motosikal tersebut dan menyimpan motosikal dicuri di Emart Matang,” katanya.

Katanya, suspek memberitahu dia mencuri motosikal itu ketika pemiliknya meninggalkan kunci di motosikal.

“Saspek mempunyai sejarah lampau terlibat dgn aktiviti penyalahgunaan dadah dan baru keluar hukuman dari penjara Puncak Borneo kerana kesalahan mencuri susu,” katanya.
Suspek ditahan di lokap Balai Polis Tabuan Jaya. – Sarawakvoice.com

curi motosikal_0000 curi motosikal_0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru