Monday, November 28, 2022

Polis Sabah sahkan penculikan 4 anak kapal Sarawak

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun pagi ini mengesahkan penculikan empat rakyat Malaysia tersebut di perairan Semporna.

Ketika ditemui media selepas upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 2/2015 di Kota Kinabalu pagi tadi, beliau berkata, polis sedang menyiasat dan mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

“Kita jangan terus membuat kesimpulan mengatakan ini kawasan kita, mungkin juga ini berlaku di perairan antarabangsa, tetapi oleh kerana mereka dalam perjalanan nak ke Tawau, maka laporan segera dibuat kepada kita.

“Kawasan perairan Ligitan yang dikatakan berlakunya kejadian itu luas dan ada aset kita (di sana). Jadi kita sedang menyiasat menunggu keputusan adakah betul berlaku di perairan kita, ataupun belum masuk ke perairan kita,” katanya.

Abdul Rashid berkata beliau difahamkan kapal tunda dan kru telah dibawa ke Tawau, selain pihaknya turut mengambil keterangan daripada kru berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut.

Setakat ini, belum ada panggilan diterima daripada penculik bagi permintaan wang tebusan, katanya.

Pada Isnin, sepasukan lelaki bersenjata yang mempunyai hubungan dengan militan Abu Sayyaf telah menahan sebuah kapal tunda yang sedang melalui perairan Malaysia dari Taiwan.

Seramai 10 pelaut yang berasal dari Indonesia telah ditahan dan penculik dikatakan menuntut tebusan bernilai AS$1 juta.

Pasukan keselamatan elit Indonesia dikatakan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menyelamatkan kumpulan pelaut ini yang ditahan di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Selatan Filipina.

Anak kapal warganegara Myanmar dan Indonesia gagal dikesan kerana bot yang ditemui kemudian kosong. – Sarawakvoice.com

di culik lanun

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru