Sunday, August 14, 2022

Aktiviti korek pasir secara haram ditumpaskan Jabatan Tanah

Secara Rawak

KUCHING: Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah berjaya mematahkan satu aktiviti pengorekan pasir tanpa kelulusan yang dilakukan di kawasan perairan Kuala Tutuh, Miri, jam 10.10 pagi, semalam.

Menurut kenyataan media jabatan berkenaan, dalam operasi tersebut, sebuah bot penunda, sebuah tongkang dan sebuah kren serta sejumlah pasir telah disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada maklumat risikan lapangan yang telah dilaksanakan.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat) atau perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau penggilan ke nombar 555999. – Sarawakvoice.com

curi pasir_0000 curi pasir_0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru