KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mereka akan mampu merampas sekurang-kurangnya 10 kerusi baharu pada pilihan raya negeri akan datang, berbanding tiga yang ada sekarang.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Negerinya, Haji Baharuddin Dato Moksein berkata, mereka kini fokus kepada lebih 35 kerusi di seluruh negeri, termasuk lapan ke 10 kerusi di kawasan majoriti Melayu.

” Kerana itulah kita yakin akan dapat menambahkan jumlah kerusi yang kita sekarang berbanding tiga yang ada sekarang ini.

” Kita boleh menang dalam 10 ke 15 kerusi, insya-Allah. Ini hanya PKR… tidak termasuk rakan Pakatan Harapan,” katanya dalam pertemuan kepada sarawakvoice.com semalam.

Katanya keyakinan itu timbul memandangkan calon-calon PKR kali ini menggabungkan golongan profesional, muda dan berpengalaman.

” Kita semakin matang dalam pilihan raya. Dan kita telah membuat kajian terperinci terhadap semua perkara … daripada isu hinggalah kepada calon.

” Kerana itulah kita membariskan calon-calon ini, yang dapat memenuhi aspirasi anak muda,” katanya.

Sejumlah 51 peratus daripada 1.14 juta pengundi pada pilihan raya negeri kali ini adalah kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke bawah. Manakala kebanyakan pengundi saluran 2 dan 3 pada pilihan raya lalu kita bertukar kepada saluran utama.

Ketika ini — PKR mempunyai 3 kerusi di DUN Sarawak iaitu di Ba Kelalan, Krian dan Batu Lintang. – Sarawakvoice.com

PKR 2