KUCHING: Projek pembinaan Hospital Petra Jaya yang dijangka siap pada tahun ini akan mengalami sedikit kelewatan berikutan beberapa masalah yang dialami oleh pihak kontraktor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Subramaniam berkata, dengan kelewatan tersebut, bermakna projek bernilai RM500 juta ringgit itu hanya akan dapat digunakan pada tahun hadapan.

” Projek pembangunan hospital (Petra Jaya) ini kini sedang berlangsung sekitar 30 ke 31 peratus.

hospital pj

” Premis ini dijangka siap pada hujung tahun ini dan saya berharap operasinya dapat dimulakan pada pertengahan tahun depan,” jelas Subra pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Umum Sarawak, petang semalam.

Pada sebelah paginya, beliau mengadakan lawatan ke Poliklinik Tanah Putih dekat sini manakala pada hari ini, beliau akan berkunjung ke Hospital Betong.

Mengulas lanjut, apabila siap kelak, hospital ini akan turut mengkhusus kepada rawatan untuk ibu dan anak bagi pesakit-pesakit di sekitar bandar raya ini.

” Untuk itu kita telah meluluskan tambahan sebanyak RM50 juta untuk membeli pelbagai kelengkapan dan kemudahan.

Hospital ini katanya, akan memuatkan 300 katil, sekali gus meredakan kesesakan dan kebanjiran pesakit di Hospital Umum Sarawak ketika ini.

Mengulas tentang cadangan membina bangunan parkir bertingkat yang diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Subra berkata, beliau akan melihat kembali kertas cadangan tersebut berikutan perkembangan projek yang begitu perlahan, walaupun sudah diuar-uarkan agak lama.

Kini setiap kenderaan yang parkir di hospital tersebut dikenakan bayaran tiket RM3.30 untuk dua jam dan RM5.30 untuk 12 jam. – Sarawakvoice.com

Arj6l629JMtpgXCxAAiwrk7fjaj4JRcg4A2DWbRvhTFH