KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan sidang media jam 2 petang ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, dipercayai untuk mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Sekitar jam 11 pagi tadi, di luar kebiasaan, Adenan berhenti di hadapan wartawan yang berkampung di hadapan Demak Jaya, kediaman peribadi Tun Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk memaklumkan perkara itu.

bur dun 6

Adenan yang menggunakan kot hitam, bertali leher merah kuning dan hitam serta bersongkok kelihatan ceria dan tersenyum, ketika menyapa para wartawan.

Lebih menarik, beliau berkata, wartawan sendiri sudah dapat mengagak apa di sebalik sidang media itu nanti.

Adenan yang tiba 9.45 pagi tadi mengadakan perbincangan lebih sejam dengan Yang di-Pertua Negeri bagi menasihati pembubaran DUN tersebut.

Ini merupakan pilihan raya kali yang pertama bagi Adenan selepas mengambil alih tampuk kepimpinan dari Taib.

Beliau kemudian bergegas ke Wisma Bapa Malaysia untuk mengendalikan mesyuarat kabinet terakhirnya sebelum pembubaran. – Sarawakvoice.com

TERKINIDUN Sarawak bubar 11 April

bubar dun 7